Rabu, 16 Juni 2010

Isadora maut dijerut selendang





Nama Isadora Duncan kekal terpahat sebagai "ibu' kepada tarian moden. Namun, apa yang
membuatkan sejarah primadona inisekar dilupakan ialah
malapetaka yang
menimpanya.bermula dengan kematian dua anaknya yang
lemas bersama pengasuh
mereka apabila kereta yang dinaikinya terhumban ke Sungai Seine pada 1913.

Kematian dalam hidupnya menjengah lagi apabila teman lelakinya pula membunuh diri. Tragedi demi tragedi wanita in
i hanya berakhir dengan kematiannya, juga secara trajis apabila selendang yang dipakainya terbelit di roda kereta. Sekali gus menjerut leher dan mencampaknya keluar dari kereta.

Memang tidak pernah berlaku kejadian seperti ini,tapi itulah yang sebenarnya terjadi.
Tragedi melayani wanita kreatif ini dengan begitu sinis sekali. Dilahirkan pada 1878 di San Francisci, Isadora membesar dalam suasana yang dipenuhi imaginasi dan seni. Ibunya memperkenalkan keempat-empat anaknya iaitu Isadora dengan muzik klasik, Shakespeare, puisi kesusasteraan dan kesenian.
Isadora menghabiskan masa yang banyak bermain dan menari. Malah mengajar kanak-kanak di kelas tariannya sebagai cara mencari duit lebih untuk keluarga. Ketika berusia belasan tahun, Isadora mengembara ke Chicago dan New York dengan beberapa ahli keluarganya, bekerja dan mengadakan persembahan untuk beberapa produksi termasuklah persembahan "Midsummer's Night Dream'.

Begitupun, persembahannya gagal mendapat sambutan sehinggalah dia tiba di London. Gaya persembahannya mulai diterima penonton.Dia mula mengadakan persembahan di 'salon-salon' peribadi atau kelab untuk golongan wanita ternama dan jemputan mereka di London dan Paris. Perlahan-lahan popularitinya meningkat dan dia mula mengadakan persembahan di pentas-pentas terkenal di seluruh Eropah. Sepanjang kerjayanya, Isadora mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan kanak-kanak, mengukuhkan asas merekan dengan kesenian, kebudayaan, pergerakan dan kerohanian disamping pendidikan akademik tradisi.
Dia membuka sekolah pertamanya diGrunewald, Jerman pada 1904. Beliau memilih kanak-kanak dari golongan miskin dan peralatan yang diperlukan dari wang saku sendiri. Keperluan kewangan untuk sekolah ini dan beberapa sekolah lain yang turut ditubuhkan diRusia dan Paris, memaksa Isadora kerap menjelajah dan mengadakan persembahan. Beliau meninggalkan kakaknya Elizabeth mengendalikan sekolah dan pelajarnya.

Walaupun tidak mempercayai kepada
institusi perkahwinan, Isadora melahirkan dua anak hasil hubungannya dengan dua teman lelaki, Gordon Craig dan Paris singer. Malangnya, kedua-dua anak lelaki dan perempuannya mati lepas bersama pengasuh mereka apabila kereta yang dinaiki ketika itu tiada pemandu, menggelunsur menuruni bukit dan terjunam ke dalam Sungai Seine.

Kesedihan membuatkan Isadora behenti seketika daripada menari, namun dia mendapat semula semangat daripada murid-murid yang kini menjadi pengganti anak-anaknya. Hayatnya berakhir secara mengejut apabila dia pula maut akibat kemalangan kenderaan pada 1927.

Kejadian berlaku selepas bersiar-siar sepanjang Promenade de Anglais pada kira-kira jam 10 malam. Isadora menaiki kereta sewa beserta seorang pemandu. Sudah menjadi kegemaran Isadora memakai pakaian yang ganjil antaranya memakai selendang panjang dan meleret-leret di atas jalan. Sebaik sahaja memasuki kereta Isadora terus mengarahkan pemandu membawanya ke hotel penginapan. Dia mahupun pemandunya tidak menyedari hujung selendang yang dililit dilehernya telah terjulur keluar dari kereta. Sebaik sahaja tayar kereta berputar, selendang terbelit di tayar belakang dengan pantas menjerut leher Isadora. Jerutan dan sentakan yang kuat ini telah menyebabkan Isadora tercampak keluar di jalan. Badannya diseret oleh kereta beberapa meter sebelum pemandunya menyedari kemalangan itu. Cedera parah di kepala beserta jerutan di leher menyebabkan Isadora maut walaupun pakar perubatan digegaskan kesitu untuk menyelamatkan nyawanya.

Minggu, 25 April 2010

Sindo.. Teater Tradisional Makyong.

Dalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja degree masih sempat aku pergi menonton
persembahan adik-adik junior aku ber'makyong'. Aku bangga kerana mereka ini berjaya membawa penonton menghayati makyong dengan baik.

Jikalau difikirkan balik, 'Sindo' ini adalah sebuah adaptasi baru teater makyong. Ianya diilhamkan daripada cerita Cinderella. kalau tak silap sayalah. walaubagaimanapun ia tidak mengapa. Kita sebagai generasi baru harus mencari idea untuk mengekalkan seni tradisi ini. Adik-adik Tari dan FTV Markyong nak ucapkan tahniah kepada anda semua kerana berjaya mementaskan teater makyong.
P/s= salam takziah saya untuk Kak ASmah atau lebih mesra dengan panggilan Mama As diatas kehilangan suami tercinta. Alfatihah.



Bertemu kembali..

Assalamualaikum. Sudah lama aku tidak singgah disini. Sudah Hampir setahun mungkin. tidak mengapa kali ini aku kembali. Banyak Peristiwa seni yg berlaku untuk di perdebatkan.