Kamis, 12 April 2012

Usikan Rebab

The Actors Studio Seni Teater Rakyat 
mempersembahkan
Usikan Rebab

Usikan Rebab merupakan sebuah kisah tentang seorang primadona Mak Yong yang hidup memperjuangkan darah seninya. Seorang ibu yang kecewa dengan masyarakat dan tertekan dengan perbuatan anak-anaknya sendiri yang tidak mahu menjadi pewaris keseniannya. Malah menganggap Mak Yong itu kolot, permainan orang kampung, tidak bermoral, dan lebih teruk lagi menganggap Mak Yong itu syirik dan bercanggah dengan agama.

Dikarang oleh pemenang Anugerah Seni Nasional Zamzuriah Zahari dan dikembangkan sebagai drama oleh pengarah Norzizi Zulkifli, Usikan Rebab akan meneroka konflik antara budaya dan tradisi di samping menyampaikan mesej penting mengenai seni dalam masyarakat moden.

Usikan Rebab akan mempamerkan bakat Zamzuriah sebagai seorang pelakon dan penari tradisional. Watak utama dan anak-anaknya akan dilakon oleh Zamzuriah. Drama ini juga menampilkan persembahan muzik tradisional oleh Kamarul Baisah Husin.


Tarikh & Masa : 18 - 21 April @ 8.30pm, 21-22 April @ 3.00 pm


Tempoh : 60 minit


Lokasi : Pentas 2 , Kuala Lumpur Performing Arts Centre


Harga : RM 33 / RM 23 untuk pelajar, orang kurang upaya, dan pemegang kad TAS


Promosi : Tempahan berkumpulan pelajar, beli 10 percuma 1

Tempahan tiket : klpac @ Sentul Park (+603-40479000) 
: The Actors Studio @ Lot 10 (+603-21422009/21432009) 


Kaunter tiket : ILasso Tickets @ A606 Block A, Phileo Damansara II, PJ (+603-79576088) 


Pembelian online : http://www.ilassotickets.com/ 


Laman Web : http://www.klpac.org/?p=6132


Mukabuku : http://www.facebook.com/events/382836658395110/




Tidak ada komentar: